SEJAK akhir-akhir ini ramai yang telah mula menyedari dan sering kedengaran keluhan seumpama ‘keadaan hujan lebat yang berpanjangan’, ‘cuaca terlalu panas’, ‘cuaca tidak menentu atau sudah tidak mengikut musim lagi’.
Tidak dinafikan terasa sedih dan simpati apabila mendengar dan menyaksikan melalui media massa banyak kejadian bencana alam melanda beberapa negara dunia mahupun di negara jiran kita sehingga meragut ramai korban jiwa. Yang jelas, perubahan iklim hari ini tidak seperti dulu atau sebelumnya, bukan mudah untuk dijangka, lebih dari itu kebanyakan bencana alam yang kerap berlaku di serata dunia sering dikaitkan dengan pemanasan global atau ‘ global warming’.
Perkara ini sangat membimbangkan kita walaupun tidak semua bencana alam berpunca dari pemanasan global . Kenapa ini terjadi? Adakah dunia sudah semakin tua atau sudah sampai ke penghujungnya? Apa akan terjadi jika keadaan ini berterusan? Inilah persoalan yang masih menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis demi survival penduduk dunia yang sudah menjangkau lebih enam bilion penghuni.
Di era industri sains dan teknologi berkembang pesat, manusia mampu mengecapi nikmat kesejahteraan hasil hubungan manusia dengan alam sekitar. Manusia juga hampir lupa untuk mengamati dan peka terhadap pencemaran alam yang menyebabkan bencana alam berlaku.
Pemanasan global dan bencana alam merupakan dua isu yang berbeza namun berkaitan antara satu dengan yang lain. Dua perkara ini harus diberi perhatian yang khusus kerana ia boleh menjadi salah satu ancaman yang paling serius kerana terjadinya bencana alam berpunca dari pemanasan global manakala pemanasan global terhasil dari penipisan lapisan ozon akibat pencemaran alam. Justeru mengenal pasti punca dan langkah-langkah signifikan perlu diambil bagi mengatasi pemanasan global dan bencana alam.
Ditangani
Pakar alam sekitar telah merumuskan bahawa antara lain punca utama ke semua ini dianggap hasil dari aktiviti manusia. Kebanyakan kegiatan dipercayai bersumber dari pembakaran bahan bakar fosil yang melepaskan karbon dioksida dan gas rumah hijau serta gas-gas lainnya ke atmosfera, pada masa yang sama berlaku penghakisan hutan hijau yang tidak terkawal di negara maju dan sedang berkembang.
Ini mengakibatkan bumi menghadapi pemanasan yang drastik dan menyumbang kepada kenaikan suhu permukaan bumi serta ketidakstabilan ekosistem. Secara umum implikasi pemanasan global telah mencairkan ais di benua antartika dan menghangatkan lautan, diikuti dengan hujan luar biasa menyebabkan banjir besar menenggelamkan kawasan tanah rendah bumi sementara dibahagian kawasan lain bumi mengalami kekeringan. Kenaikan paras air laut, kemarau, puting beliung, ribut taufan, El-Nino, La-Nina, hujan asid, ribut salji, banjir kilat dan tanah runtuh merupakan antara senario bencana alam akibat kesan pemanasan global . Keadaan ini juga turut mempengaruhi kesihatan manusia dan menjejaskan habitat semula jadi.
Sebenarnya masalah ini sudah menjadi tumpuan dan perhatian di kalangan pengkaji sejak dulu lagi. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) pada tahun 2001 bahawa suhu udara global telah meningkat 0.6 darjah celsius (1 darjah fahrenheit) sejak 1861. Menurut kajian IPCC atmosfera bumi diramal meningkat sehingga mencapai 1.4-5.8 darjah celsius (2.5-10.4 darjah fahrenheit) dan paras laut pula dijangka naik antara 9 hingga 88 sentimeter (0.09-0.88 meter) pada tahun 2100. Terbaru sidang kemuncak perubahan iklim IPCC yang diadakan di Paris menggambarkan senario masa depan bumi yang suram dan membimbangkan. Keadaan ini hendaklah ditangani secara global serta menuntut tindakan pencegahan yang lebih tegas.
Dalam konteks agama, Islam menganjurkan cara hidup yang mengutamakan kesejahteraan umatnya. Kerosakan yang berlaku di bumi dan punca bencana alam boleh dibahagikan kepada dua sudut, pertama dari sudut spiritual dan kedua dari sudut alami. Dari sudut spiritual, bencana alam dikaitkan dengan amalan kerohanian manusia dari perspektif keimanan dan ketakwaan. Ia menguji sejauh mana tingkat keimanan seseorang. Bencana alam juga merupakan rahmat bagi orang-orang yang bersabar.
Sebagai umat Islam kita perlu melihat perkara ini dari pelbagai sudut yang positif bagi menyedarkan segelintir di kalangan kita yang mudah lupa dan lalai dari memenuhi tuntutan perintah ajaran agama. Mengambil iktibar dan pengajaran dari bencana yang berlaku sebagai peringatan amaran Allah Subhanahu Wata’ala agar insaf dan kembali semula ke jalan-Nya.
Islam mengajar kita supaya sentiasa mengamalkan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama bagi mengelakkan dosa dan kemaksiatan berleluasa. Dari sudut alami pula ia berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam Al-Qur’an ada dijelaskan melalui firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 41 mafhumnya: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
Lantaran itu sikap menghargai nilai alam sekitar dan kesedaran terhadap punca pemanasan global perlu ada pada setiap individu kerana ia masih mampu dikawal. Integrasi serta tindak balas segera secara menyeluruh dari semua pihak dan negara dunia sangat perlu ke arah mengurangkan kesan pemanasan global dan mencari jalan alternatif bagi mengatasi masalah ini.
Dunia antarabangsa termasuk Negara Brunei Darussalam perlu bersiap siaga untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam sekitar juga perlu dilakukan secara berterusan agar sebarang fenomena bencana alam tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Mungkin kaedah pendekatan mesra alam lebih diberi penekanan dalam setiap aspek kehidupan. Pengurangan pengeluaran gas-gas karbon ke atmosfera di samping usaha-usaha pemeliharaan dan penanaman semula hutan akan dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan pada lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi dari sinar ultraviolet yang dipancarkan oleh matahari.
Di peringkat nasional, Negara Brunei Darussalam sebuah negara kecil di rantau ini telah mengambil langkah yang sewajarnya melalui perancangan pembangunan seimbang dan mewujudkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu tersebut. Sebagai contoh lebih 75 hingga 80 peratus kawasan tanah di negara ini masih diliputi hutan. Hutan memainkan peranan penting dalam persekitaran, pembangunan, kemasyarakatan, ekonomi dan menyumbang kepada keseluruhan kestabilan ekologi negara ini.
Penubuhan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga dilihat sebagai satu langkah positif kerajaan bagi melihat keperluan dan persediaan menghadapi bencana. Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi melalui Bahagian Kawalan dan Pencemaran melaksanakan tanggungjawab yang diberikan iaitu mentadbir dan menguat kuasa Akta dan Peraturan Alam Sekitar, memantau pencemaran alam sekitar dan menilai keadaan alam sekitar, pengurusan bahan sisa toksik dan berbahaya, pengurusan bahaya dan bencana alam sekitar dan mempromosi teknologi, perkhidmatan dan amalan mesra alam.
Selain itu, penyertaan orang ramai dalam sama-sama menjaga dan memelihara persekitaran perlu ditingkatkan seperti tidak membuat pembakaran secara terbuka, membuang sampah sarap, bahan-bahan pencemaran dan seumpamanya di kawasan atau tempat pembuangan yang telah disediakan di samping menggalakkan kepada amalan kitar semula.
Dari segi persiapan dan persediaan dalam menghadapi kemungkinan bencana yang berlaku juga turut menjadi tumpuan. Ini dapat dilihat melalui Eksesais Hikmat bersatu 2 diadakan selama tiga hari pada 5 Feb yang lalu melibatkan elemen-elemen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain dalam menangani operasi bantuan bencana alam dan bantuan kemanusiaan.
Perjalanan eksesais ini berpandukan kepada simulasi keadaan sekeliling yang tidak menentu berhubung kait dengan operasi bantuan bencana.
Betapa penting latihan seumpama ini dilaksanakan kerana ianya dapat melatih dan mengukur keupayaan setiap agensi kerajaan yang terlibat ketika memainkan peranan masing-masing dalam memberikan bantuan semasa situasi bencana. Operasi latihan yang dikendalikan oleh ABDB telah memperlihatkan kejayaan dengan adanya semangat kerjasama dari setiap agensi yang turut serta dalam latihan menangani bencana alam. Latihan seumpama ini diharap akan dapat diteruskan selain menjadi wadah bagi mempraktikkan ‘standard operational prosedure’ (SOP) agensi-agensi yang terlibat.
Di samping meningkatkan kewaspadaan dan usaha-usaha menangani krisis yang disebutkan tadi, janganlah kita lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala semoga negara kita akan sentiasa terpelihara dari segala macam bentuk bencana dan akan terus menikmati kemakmuran hidup yang berpanjangan.
Dalam hubungan ini, marilah kita renungkan bersama petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-23, antara lain baginda menekankan:
"Berkaitan dengan fenomena alam, kita janganlah lupa terhadap bencana-bencana yang sering melanda.
Kita telahpun sama-sama menyaksikan beberapa musibah yang menimpa dunia, khasnya jiran-jiran kita. Kita mengikutinya dengan penuh simpati bercampur cemas, kerana apa jua bentuk bencana itu, bagi orang yang terlibat, tetap akan merasakan pedihnya.
Melihat kepada situasi ini, kita pun juga perlu berwaspada, di samping jangan lupa merafa'kan doa kepada Allah, semoga negara kita terus dilindungi dari sebarang malapetaka."

0 komentar Anda:
Post a Comment
Tinggalkan komenatar anda....